Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal 1MDB: Riza, Jho Low dan arak RM100k sebotol untuk DiCaprio

$
0
0
Dakwaan yang disebut dalam saman terbaharu termasuk sambutan jutaan ringgit di Cannes, arak champagne bernilai RM100,000 sebotol, trofi Anugerah Akademi milik Marlon Brando dan kapal pesiar mewah sempena Piala Dunia 2014.
red-granite
PETALING JAYA: Lebih AS$1 juta (RM4 juta) dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne AS$25,000 (RM100,000) sebotol, disebut dalam satu tuntutan tindakan kelas terhadap Red Granite Pictures, Riza Shahril Abdul Aziz dan Low Taek Jho (Jho Low).
Tuntutan dibuat bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa di mahkamah daerah Amerika Syarikat di New York pada Khamis.
Dibuat bagi pihak rakyat Malaysia, mereka menuntut ganti rugi dan pengembalian hartanah dan aset lain yang menurut mereka dibeli menggunakan wang yang dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan, 1MDB.
Tuntutan itu mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street. Penghargaan diberikan kepada Jho Low dalam penutup cerita itu.
Red Granite diasaskan Riza, yang juga anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 2010 bersama kawan, Joey McFarland.
Tuntutan itu mendakwa Red Granite dilancarkan dengan suatu sambutan tepian pantai mencecah juta dolar di Festival Filem Cannes di Perancis pada 2011, siap dengan bunga api dan persembahan oleh artis hip-hop Kanye West dan Pharrell Williams.
Lebih AS$150 juta (RM602 juta) wang 1MDB dipercayai disalurkan ke usaha niaga Red Granite, dakwa tuntutan itu.
Ia mendakwa Riza, Jho Low dan McFarland tahu Red Granite tidak dibiayai pelabur yang sah, sebaliknya dengan wang yang diperoleh secara gelap.
Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:
  • poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);
  • sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.
  • trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);
  • sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;
  •  Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 20 Julai berkata lebih AS$3.5 bilion (RM14 bilion) dilencongkan daripada dana 1MDB yang diasaskan Najib pada 2009 selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913