Oleh Dr Ismail Sualman
SESUATU yang menarik mengenai kerancakan Persidangan UMNO setiap bahagian sekarang ini adalah kenyataan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyamakan kesatuan dan kesepaduan ahlinya ibarat 'kelip-kelip'.
Ungkapan itu diluahkan ketika beliau merasmikan UMNO Bahagian Kuala Selangor yang sememangnya terkenal dengan keunikan serangga kecil bernama kelip-kelip. Menurut Zahid, resipi kejayaan merebut kembali kerajaan negeri Selangor ke pangkuan Barisan Nasional (BN) adalah ahli dan pemimpin UMNO Selangor sendiri yang perlu mengikut sifat bersatu-padu kelip-kelip dalam perjuangan mereka.
Meskipun kelip-kelip hanya sejenis serangga kecil yang cahayanya kelihatan dari kejauhan, jika ia dalam jumlah besar, cahayanya akan memancar dan menawan sesiapa sahaja yang memandangnya.
Sebenarnya usaha menawan Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menuntut pembabitan dan penyertaan semua pihak. Isyarat jelas telah ditunjukkan dengan pelantikan Tan Sri Noh Omar sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Barisan Negeri (BN) Negeri sebagai Menteri Kabinet.
Pelantikan beliau menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar memberi peluang dan ruang untuk beliau mengendali serta mengurus permasalahan penduduk khususnya rata-rata di bandar utama di Selangor.
Namun, kunci kejayaan bukanlah ditentukan oleh pemimpin UMNO dan BN Selangor semata-mata. Sudah wujud keserasian UMNO, MCA, MIC, MYPPP dan komponen yang lain?
Sejauh mana BN telah menambat hati pengundi Cina khususnya di bandar? Berapa ramai pengundi baharu yang diperoleh?
Sejauh mana pula UMNO-BN dapat memujuk ahli-ahlinya untuk kembali ke pangkuan BN? Politik Selangor sememangnya unik.
Pada peringkat Pusat, DAP dan PAS membawa haluan masing-masing. Namun, tidak di pentadbiran negeri. Mutakhir ini wujud pula Parti Amanah Negara yang juga sebahagian daripada pentadbiran Selangor.
Di peringkat Pusat, kelihatannya telah retak menanti belah, namun di pentadbiran kerajaan Selangor lain pula ceritanya. Adakah ini potensi untuk UMNO-BN menerobos dan melebarkan pengaruh, merobek ketidakserasian pentadbiran kerajaan Selangor?
Read More / Baca Lagi >>