Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Musuh rakyat adalah kezaliman Umno, bukan kebangsaan BERSATU

$
0
0

PutrajayaPutrajaya
Saya ingat bangsa bukanlah 'ilat untuk rakyat Malaysia menolak BERSATU.
Jika dasar kebangsaan parti baharu itu mirip pada dasar kebangsaan yang ada pada Umno.
Umno parti yang zalim, menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta amalkan kronisme.
Ini, sebab UMNO wajib ditentang habis-habisan.
Dan, inilah 'ilat sebenar, kalau mahu dibanding qiyas dengan BERSATU yang baru ditubuhkan baru-baru ini.
Selama ini Umno berlindung atas nama bangsa, agama dan raja untuk mempertahankan kezalimannya.
Untuk memecahkan perisai politik ini, ada di kalangan kita menentang dasar kebangsaan atau dasar agama habis-habisan.
Dasar raja, mungkin kurang ditentang secara terbuka kerana risikonya lebih buruk.
Walhal, penentangan rakyat ke atas Umno yang sebenar-benarnya adalah pada perbuatan zalim para pemimpin mereka.
Sesiapapun yang zalim, yang menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta mengamalkan kronisme wajib ditentang habis-habisan, sungguhpun ia datang daripada parti berdasarkan norma agama hatta berbilang kaum.
Kegagalan kita memahami maksud penentangan yang sebenar mengakibatkan kita selalu apologetik sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.
Bangsa bukan musuh sebenar rakyat. Musuh sebenar rakyat adalah kezaliman.
Mempertikai dasar kebangsaan pada BERSATU ertinya mempertikai sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913