Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Jangan takut 'hantu', bersatu angkat maruah Melayu

$
0
0
Tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin Umno.

Terbaharu daripada Presiden Umno sendiri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP.

Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.
Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada anggota dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.
Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata “jump the gun”.
Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?

Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pramatang.
Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.

Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!
Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini.

Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
Melayu diam, tapi bijaksana
BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.
Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat.
Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan beliau, Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain Umno dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.
Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913