Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa aneh dengan Umno, khusunya, presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak kerana serangan bertubi-tubi ke atas parti BERSATU yang belum ditubuhkan lagi.
Katanya, walaupun BERSATU belum lagi diluluskan ROS, Najib secara tergesa-gesa menyerang parti serpihan nyamuk itu dengan mengaitkan kerjasama politik dengan DAP.
Menurutnya, Najib memulakan taktik kotor untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkarannya.
“Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata jump the gun.
“Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu.
“Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang,” katanya dalam satu posting di Facebook .
Menurut Muhyiddin, Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti itu selain Umno, di samping menerima kepimpinan Najib yang terpalit dengan skandal rasuah.
“Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini.
“Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum,” katanya.