Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Yusof Haslam dilantik pantau SPRM

$
0
0
Pelantikan 20 anggota untuk PPPR dan PPO berkuat kuasa hari ini selama setahun.
yusof-haslam-sprm
PETALING JAYA: Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penerbit filem Gerak Khas itu adalah antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), manakala tujuh lagi dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempoh pelantikan 20 anggota itu selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos 2017.
“Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.
PPPR dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dengan 11 anggota lain termasuk bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa; bekas Naib Canselor UKM, Prof Datuk Mohd Sham Sani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Manakala PPO pula diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaleha Zahari dengan enam anggotanya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pensyarah UKM, Prof Madya Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, Datuk Azizan Abdul Rahman.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913