Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal 1MDB: Husam sedia hadapi risiko selepas fail saman di AS

$
0
0
Bekas Naib Presiden PAS Husam Musa percaya tindakan undang-undang difailkan olehnya bersama Matthias Chang berhubung salah laku 1MDB akan disokong Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Adun Salor itu, beliau yakin tiada pihak akan menahannya kerana tindakan itu dilakukan mereka untuk kepentingan negara.
“Saya rasa tidak ada orang akan tahan saya kerana saya bertindak untuk negara dan tentunya perdana menteri akan menyokong.
“Tidak mungkin perdana menteri akan menahan seseorang individu yang berusaha untuk membawa balik wang milik rakyat,” katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.
Husam turut berharap perjuangannya akan diteruskan sekiranya beliau ditangkap.
“Jangan takut, dalam agama kita takut itu adalah sifat semula jadi. Tetapi kita mesti menguruskan perasaan takut tu.
“Kalau kita sentiasa takut, habislah negara kita. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada saya rakyat Malaysia kena teruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Matthias, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, turut hadir dalam sidang media tersebut bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah).
Matthias, yang merupakan seorang peguam pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma pada Oktober tahun lalu bersama anak guamnya, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, susulan tindakan mereka memfailkan laporan polis terhadap 1MDB di beberapa negara.
Beliau turut menekankan bahawa beliau bersedia untuk sekali lagi ditahan atas tindakannya.
“Apa salahnya dengan saman, ini adalah saman sivil. Saya berhak saman sivil untuk pastikan wang itu kembali kepada rakyat.
“Saya bersedia jika ditahan, saya mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa saya bersedia ditahan,” katanya.
Khamis lalu, Husam dan Mathias memfailkan tuntutan saman mendakwa wang yang dipungut melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiayai Red Granite, syarikat Hollywood yang diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz.
Riza, anak tiri Najib, merupakan salah seorang defenden yang dinamakan didalam saman yang dikemukakan oleh Husam dan Matthias.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913