
Beliau menjelaskan, kenyataan pejabat Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan.
“Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan.
“Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya,” katanya dipetik Harakah Daily.
Tambah Zulhazmi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan.
Read More / Baca Lagi >>