Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Fahmi Reza: Akta 'sakit hati' tak ikut perlembagaan

$
0
0
Aktivis Fahmi Reza memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan jenayah terhadap dirinya di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menyifatkan akta itu sebagai 'akta sakit hati', beliau juga memfailkan permohonan untuk mencabar kesahihan seksyen 233 dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan.
"Pendakwaan terhadap aku adalah cacat kerana tidak menyatakan siapa orang yang sakit hati dengan poster grafik tersebut," katanya dalam laman Facebook hari ini dan menjelaskan bahawa ia adalah salah satu alasan permohonannya.
Fahmi didakwa pada 10 Jun lalu kerana memuat naik imej menghina kepimpinan negara di Facebook.
Imej tersebut adalah karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka badut yang tersebar di media sosial sejak disiarkan pada 8 Februari.
Dalam cacatan di Facebook hari ini, Fahmi berkata beliau mahu mencabar seksyen 233 CMA kerana ia melanggar kebebasan bersuara yang dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan.
Ini termasuk kebebasan menghasilkan karya seni untuk mengkritik penguasa, kebebasan menyatakan pandangan yang berbeza dan juga kebebasan menggunakan seni dalam bentuk satira politik sebagai satu cara protes, katanya.
Katanya, pertuduhan terhadap beliau adalah satu bentuk penapisan internet yang bertentangan dengan CMA sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913