Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Semua pengarah Felcra akan dipanggil SPRM, kata Bung Moktar

$
0
0
Bung Moktar berkata, beliau disoal siasat "sebagai saksi" dan bersedia membantu siasatan pada bila-bila masa.
bung-mokhtar
PETALING JAYA: Semua pengarah Felcra Berhad akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berterusan ke atas agensi tanah milik kerajaan itu, kata pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Parlimen Kinabatangan yang dipetik Malaysiakini itu berkata, beliau disoal siasat SPRM semalam “sebagai saksi” dan selepas ini ahli lembaga pengarah Felcra yang lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Katanya, beliau memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak bimbang jika dipanggil sekali lagi.
SPRM dalam satu kenyataan lewat malam tadi mengesahkan selesai mengambil keterangan Bung Moktar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
Wakil rakyat Barisan Nasional yang lantang bersuara itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta SPRM 2009, mulai jam 10 pagi hingga 3 petang Sabtu.
Menurut laporan Malaysiakini, siasatan dipercayai berkaitan beberapa pelaburan unit amanah oleh Felcra dan kemungkinan wujud unsur sogokan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913