"Apakah dengan berdiam diri itu, PAS merestui dana 1MDB disalahguna sewenang-weanngnya? Apakah bagi PAS adalah HALAL bagi bukan Islam menggunakan wang 1MDB bagi parti seks?"
Pihak yang rimas, tidak selesa atau merasa sangsi dengan kritikan serta pendedahan demi pendedahan media Barat mengenai bagaimana dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk ‘maksiat melampau’, wajar melakukan penyelidikan dan jangan membiarkan negara dan 1MDB menjadi bahan ‘belasahan’.
Cari jalan untuk menjawab atau nafikan bahawa wang 1MDB tidak terbabit langsung dengan kegiatan mungkar itu.
Bukan sahaja cerita sebegini akan mendatangkan pelbagai spekulasi tetapi ia menjejas dan memalukan rakyat malah imej Malaysia sebagai negara Islam pasti terjejas.
‘Maksiat melampau’ ini tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri, pemimpin UMNO atau kerajaan secara langsung tetapi tempiasnya amat besar.
Apakah rakyat kita begitu mudah dimanipulasi dan negara kita begitu terdedah kepada perbuatan bersifat iblis oleh pihak-pihak tertentu menggunakan ‘wang rakyat’ bagi tujuan yang dilarang oleh Islam?
Yang bijak pandai dalam kumpulan tentera siber yang digaji dan mendapat upah daripada parti politik yang menyokong kerajaan, khususnya UMNO atau kerajaan dan ada yang mendapat latihan sehingga ke luar negara, kenapa berdiam diri?
Nafikan laporan media Barat yang memburukkan 1MDB yang tempiasnya sangat dirasakan oleh negara, apa lagi pendedahan terbaru The Hollywood Reporter (THR) bertajuk “Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation”.
Ini kerana laporan terbaru THR itu menyebut sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat membuat tuduhan berat bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan strategik negara Malaysia itu, mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Di sini disebut mungkin dan sudah pasti ada ruang untuk diselidiki dan diperbetulkan laporan itu untuk membersihkan 1MDB.
Menurut THR, “While the complaint does not target DiCaprio — he's referred to twice in the 136-page document and only as "Hollywood Actor 1" — the scandal shines an unfamiliar light on the charitable foundation of the most powerful actor in Hollywood thanks to the way the LDF has benefited directly from DiCaprio's relationship with key figures in the saga.”
Siapa “key figures” berkenaan?
Laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika sudah mendedahkan baru-baru ini nama-mana mereka dan sewajarnya bagi yang bersimpati dengan 1MBD, akan berusaha membersihkan nama mereka yang disabitkan oleh DOJ itu.
DiCaprio terkenal di seluruh dunia bukan sahaja kerana lakonannya tetapi juga dengan penganjuran parti liar.
Membersihkan 1MDB ini penting bukan sahaja penting untuk ‘membebaskan tempias’ terhadap Perdana Menteri tetapi juga kerajaan, UMNO dan semua pihak yang sering dijadikan bahan belasahan oleh media antarabangsa dan pembangkang di negara ini.
Cara menutup mulut pembangkang ialah menidak atau menyakinkan rakyat bahawa laporan seperrti yang dibuat oleh THR ini BOHONG, BERNIAT JAHAT dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Read More / Baca Lagi >>