Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan surat kepada Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.
Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, surat itu akan ditandatangi enam ahli parlimen Amanah sebelum diserahkan kepada YDPA dalam waktu terdekat.
“Kami daripada Amanah menyediakan surat kepada Yang dPertuan Agong yang mana enam ahli parlimen Amanah akan menandatangani surat itu meminta supaya Yang diPertuan Agong memberi perkenan atas usaha Husam dan Matthias,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Selain beliau, lima lagi ahli parlimen Amanah ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar); Hanipa Maidin (Sepang).
Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.
Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Read More / Baca Lagi >>