Aktivis politik Syed Husin Ali mempersoalkan kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar untuk disiasat jika ada laporan terhadap dirinya dibuat.
Namun kenyataan itu dipersoalkan Syed Husin apabila pihak polis tidak membuka siasatan terhadap laporan yang telah dibuat beberapa pihak sebelum ini berkaitan dengan 'Malaysia Official One'.
Beliau menegur sikap Khaled di laman twitternya dengan berkata," Kita akan siasat walaupun laporan terhadap saya. Begitu kata IGP.Hebat sekali.Tapi kenapa tak siasat MO1? Pada hal puluhan laporan dibuat?," soal bekas Senator ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadap Khaled kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.
Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.