KUALA LUMPUR - "Parti Amanah secara peribadi tiada masalah dengan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang, kata Pengarah Komunikasi Amanah Abdul Khalid Samad.
Katanya lagi, sekiranya ketua pembangkang baharu hendak dipilih ia mestilah diadakan satu persetujuan bersama dengan kesemua parti pembangkang.
"Bukan bergantung kepada Amanah semata-mata, tetapi juga parti-parti yang lain.
"Dilihat ketika ini, tiada keperluan lagi termasuk untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang," katanya ketika diminta mengulas mengenai keperluan posisi Azizah diganti dengan ketua pembangkang yang baharu selepas kewujudan parti Bersatu.
Abdul Khalid berkata demikian di Ibu Pejabat Amanah, Kuala Lumpur hari ini.