Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menuduh "Tiga Tan Sri" terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata.
"Tiga Tan Sri" yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.
Sejujurnya, banyak pihak mahukan dakwaan Khairul Azwan itu disiasat oleh polis kerana hanya setelah siasatan dijalankan, barulah diketahui siapa benar dan siapa salah.
Bahkan, setelah Khairul Azwan bersuara kemudiannya bahawa laporan polisnya bukan berdasarkan andaian, malah yakin tindakannya adalah berasaskan kebenaran, Khalid masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenainya.
Dalam hal yang sama pula, Tun Mahathir Mohamad sudah dua kali membuka mulut berkenaan dengannya. Pertama kali, pada 21 Ogos lalu, beliau menyatakan "Tiga Tan Sri" berkenaan telah dikhianati oleh salah seorang dari kalangan mereka.
Kata beliau, jika tidak dikhianati, Najib Razak sudah pun berdepan dengan tindakan daripada pihak berkaitan sekarang ini.
Ketika itu, Tun Mahathir tidak menyebut siapakah yang mengkhianati "Tiga Tan Sri" terbabit kerana bimbang dirinya akan disaman.
Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tidak memiliki banyak wang seperti Najib, tambahnya lagi.
Bagaimanapun, hari ini Tun Mahathir mula berterus-terang dengan memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perkara yang sama.
Read More / Baca Lagi >>