Juara debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa keruntuhan persekutuan.
"Saya amat menghormati Tun, tetapi kali ini saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun tentang bangsa Johor," tulis Syed Saddiq, seorang anak jati yang dilahir dan dibesarkan di Johor dalam laman Facebooknya hari ini.
Beliau yang merupakan salah seorang daripada anggota jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan Mahathir berkata, Bangsa Johor memberikan manfaat kepada negara.
"Bangsa Johor tidak seharusnya dilihat sebagai agen perpecahan. Ia diwujudkan untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dalam negeri untuk bernaung di bawah payung yang sama dan menaikkan semangat kami untuk bekerjasama menaikkan ekonomi dan nama Johor yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada negara," katanya.
Katanya lagi, rakyat amat memerlukan identiti negeri sebagai 'satu jaring keselamatan' apabila nasionalisme 'diperalatkan oleh mereka yang berkuasa'.
"Memang senang untuk kita meminta orang lain mengenepikan identiti negeri apabila kita yang dapat mengaut keuntungan. Bagaimana dengan rakyat Sarawak yang telah terasing buat berpuluh tahun?
"Bagaimana pula dengan rakyat Kelantan yang kehilangan berbillion ringgit dek kerana royalti minyak?
"Kita sering mengharapkan kerabat diraja Johor untuk melakukan sesuatu dan menyelamatkan Malaysia. Tetapi adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama?
"Bagaimana pula kerabat diraja yang lain?," soalnya.
Syed Saddiq berkata meskipun Malaysia adalah sebuah persekutuan, namun identiti negeri adalah sebahagian daripadanya dan perbezaan itu tidak sepatutnya dilihat menjadi punca perpecahan.
"Apabila seseorang menggelar dirinya bangsa Johor, dia akan digelar kenegerian, tetapi sekiranya saya berjuang sebagai bangsa Malaysia, ada yang akan melabel saya sebagai pengkhianat Melayu dan boneka Cina.
Read More / Baca Lagi >>