Semua individu adalah sama di sisi undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sehubungan itu mereka harus bertanggungjawab di bawah undang-undang.
Perkara itu diberitahu oleh Badan Peguam Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara membersihkan perdana menteri daripada kes 1MDB.
Di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Badan Peguam juga menyatakan bahawa 1MDB melibatkan wang pembayar cukai dan disokong oleh jaminan kerajaan.
Atas sebab ini, Badan Peguam berkata ia mempunyai kepentingan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh peguam negara kerana skandal 1MDB "melibatkan dana awam yang hebat dan tidak pernah didengar di negara ini".
Mereka berhujah bahawa Najib mungkin mempunyai konflik kepentingan kerana beliau juga adalah menteri kewangan dan pengerusi penasihat lembaga 1MDB.
Badan Peguam juga menegaskan bahawa Apandi juga mungkin bertindak di dalam konflik apabila membuat keputusan membersihkan Najib dan menasihatkannya agar tidak memberi jawapan di parlimen.
"Siasatan oleh agensi-agensi asing di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Luxembourg juga hebat dan tidak pernah didengari.
Read More / Baca Lagi >>