Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang.
Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai.
Jangan pandang mudah kerana BERSATU boleh jadi merupakan pencabar yang gagah dan mampu menggugat UMNO, ujarnya lagi.
Tetapi, adakah UMNO dan BN benar-benar melihat BERSATU sebagai cabaran kepada mereka?
Berapa ramaikah yang sedar mengenainya dan kemudian berusaha memperkuatkan UMNO di bahagian masing-masing?
Jika dilihat secara umum, pimpinan UMNO seolah-olah tetap selesa dan yakin mereka akan kekal berkuasa, meskipun setelah wujudnya BERSATU.
Di peringkat pimpinan yang selalu muncul di media, majoritinya lebih banyak memperlekeh kewujudan BERSATU sebagai tidak mampu memberi cabaran kepada UMNO, malah ramai juga yang meramalkannya akan menerima nasib seperti Semangat 46 akhirnya.
Selain itu, tidak ternampak sama sekali usaha luar biasa di peringkat akar umbi oleh pimpinan UMNO untuk lebih memperkukuhkan parti atau menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
Semuanya macam biasa-biasa saja, tiada apa-apa yang berubah pun berbanding setahun atau dua tahun yang lalu.
Kenapa ini berlaku? Tidak bimbangkah mereka UMNO kehilangan kuasa?
Read More / Baca Lagi >>