Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

‘Saya akan lawan saman Umno,’ kata Mustafa

$
0
0

KUALA LUMPUR, 27 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini berkata beliau akan melawan saman yang dikemukakan Umno terhadapnya kerana didakwa memfitnah parti majoriti Melayu itu berhubung pengedaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Mustafa (gambar) yang lebih dikenali dengan nama “Cikgu Pa” itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan video berkenaan yang dimuat naik ke blog-blog di laman sosial, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
“Saman Umno saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zul dan Asmuni,” katanya merujuk kepada Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan peguam yang mewakilinya untuk kes itu Asmuni Awi.
“Pasal video saya enggan mengulas lanjut. Kita lawan itu (saman) dulu. Kalau nak dengar lebih lanjut pergi ke ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini.
Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Mustafa pada 22 April lalu bersama-sama dengan peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.
Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913