Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Sistem bil TNB dinaik taraf mengelirukan, bebankan pengguna

$
0
0



Sejak dua bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung bil TNB. Di antara aduan yang diterima termasuklah pusingan bil yang panjang menyebabkan bayaran menjadi terlalu tinggi, tidak menerima bil bulan Julai dan menerima bil dengan catatan nombor akaun bukan milik mereka

Cuma baru-baru ini sahaja CAP menyedari bahawa pengguna berhadapan dengan segala masalah ini berikutan TNB sedang mempertingkatkan sistem bil mereka.

TNB telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar yang mengumumkan bahawa sesetengah pelanggan akan lewat menerima bil mereka disebabkan kerja-kerja naik taraf tersebut. Namun  kenyataan pada 6/8/2016 itu cuma disiarkan oleh beberapa akhbar sahaja dan agar sukar untuk menamakannya sebagai “memberi maklumat”. Kenyataan TNB juga terlambat dua bulan jika mereka ingin menaik taraf sistem mereka, TNB sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada pengguna dan kesulitan yang mungkin mereka alami.

Hanya selepas kami membaca artikel yang dimuatkan dalam salah satu akhbar berbahasa Malaysia beberapa hari lalu baharulah kami akhirnya mendapat serba sedikit penjelasan mengenai aduan yang kami terima, antaranya:-

· Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal

Jika pusingan bil melebihi 31 hari bagi sebarang bulan, TNB akan mengenakan bayaran kepada pelanggan berdasarkan faktor ‘prorate’ tersebut – nisbah antara tarikh bil dan jumlah hari dalam bulan berkenaan – bagi mereka yang berada dalam lingkungan blok Tarif  Domestik  dan blok Tarif Komersial Voltan Rendah.

· Tidak menerima bil bulan Julai

Disebabkan kerja-kerja menaik taraf sistem bil, pelanggan akan lewat menerima bil masing-masing dan sesetengahnya akan menerima bil Julai dan Ogos sekali gus dalam bulan Ogos.

· Menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka

Menaik taraf sistem bil menyebabkan nombor akaun TNB bertukar dari sistem 14 digit ke sistem 12 digit. Justeru, nombor akaun yang kelihatan ganjil pada bil TNB terkini sebenarnya adalah nombor akaun 12 digit pengguna yang baharu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913