Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Menanti Episod Kemuncak Sinetron 1MDB

$
0
0
Oleh Hayar Hassan


Membaca novel-novel religi (berunsur agama) karya penulis tersohor dari negara jiran Indonesia, Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik ) adalah antara aktibiti masa lapang saya semenjak beberapa tahun lalu. Hampir setiap novel karya Kang Abik telah saya miliki dan selesai membacanya. Uniknya setiap novel-novel Kang Abik tidak terlepas daripada kisah roman cinta anak muda, tetapi tetap berlandaskan kepada syariat Islam.

Hebatnya jalan cerita karya Kang Abik itu telah membuatkan produser-produser filem dan TV Indonesia berlumba-lumba menerbitkan karya-karyanya dalam bentuk filem dan siri-siri sinetron(sinema elektronik). Ternyata filem-filem Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 dan Dalam Mihrab Cinta mampu menjadi filem-filem “box-office”.

Bukan filem sahaja, karya-karya Kang Abik turut dijadikan siri-siri sinetron bernuansakan religi oleh Stesyen TV popular yang boleh ditonton melalui pakej Pelangi Astro Malaysia. Keberadaan begitu ramai warga Indonesia di Malaysia, Singapura, Brunei Darus Salam, Hong Kong, Arab Saudi, Jerman, Australia dan lain-lain negara membuatkan sinetron-sinetron tersebut menduduki rating yang tinggi.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Kang Abik dalam novel ,filem dan sinetronnya adalah “ Islam Itu Adalah Satu Cara Hidup “. Orang Islam akan mudah menjalani kehidupan di dunia fana ini sendainya kita selalu dan tetap istiqamah berpegang kepada ajaran-ajaran Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW.

Sekali sekala saya terfikir juga kalau Kang Abik diberikan ilham untuk menulis cerita sekitar “ 1MDB “. Sayangnya, jalan cerita “1MDB “ ini tidak punya cerita-cerita roman cinta anak muda dan mesej dakwah Islam yang sepertinya menjadi kriteria utama karya-karya Kang Abik. Umum mengetahui, “ 1MDB “ ini sarat dengan kepincangan skandal kewangan dan penonjolan kehidupan mewah penuh pembaziran beberapa kerat individu.

Plot cerita begini tidak menarik minat penulis tersohor itu . Mungkin nanti ada penulis yang berupaya menulisnya. Tetapi yang pasti “1MDB ” adalah kisah nyata, bukannya khayalan penulis semata-mata. Ianya penuh dengan fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa yang berjejak pada alam nyata.

Dikhabarkan hebohnya kisah-kisah sinetron “1MDB “ ini adalah seawal tahun 2011. Lima (5) tahun lalu Bank Negara Malaysia telah mula menyiasatnya. Beberapa Ahli-Ahli Parlimen Malaysia semenjak tahun 2014 lagi, telah menzahirkan akan kebimbangan mereka terhadap malapetaka yang bakal menimpa negara tercinta ini . Namun kisah sinetron ini tidak punya penonton dan peminat yang ramai, tidak seperti sinetron-sinetron “ Tukang Bubur Naik Haji “ atau “ Pesantren Rock & Roll “. Sinetron-sinetron ini sudah memasuki episode-episod ratusan !

Namun bagitu saya merasakan sinetron “ 1MDB “ ini masih diminati oleh ramai penonton , tetapi hanya segelintir dari mereka sahaja yang berani memberikan komentar dan analisa terbuka seperti individu-individu bergelar Lim Kit Siang, Tony Phua, Husam Musa, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar dan beberapa orang lagi.Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913