Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

UMNO berdepan dengan fenomena merisaukan - Mohamed Khaled

$
0
0

Mohamed Khaled Nordin
UMNO wujud atau tidak bukan lagi perkara penting bagi orang Melayu hari ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
 
Katanya, keadaan sudah berubah dan terlalu berbeza jika dibandingkan pada awal penubuhan UMNO kira-kira 70 tahun lalu.
 
"Orang yang bersetia dengan parti kerana prinsip. Yang mendukung UMNO kerana ingin menjadikan Melayu dan Malaysia ini lebih baik, ini semua cerita lama, kisah dulu-dulu iaitu sejarah bagaimana kita bermula dan sejarah bagaimana UMNO itu berjaya.
 
"Hari ini keadaannya sudah lain. Banyak yang sudah terlalu berbeza dan berubah. Malah sejak kebelakangan ini UMNO berhadapan dengan beberapa fenomena yang sangat merisaukan. Yang amat bercanggah dengan nilai dan prinsip UMNO itu sendiri.
 
"Pertamanya, orang Melayu sudah tidak ada lagi perasaan dan hubungan sentimental atau 'the sentimental connection' dengan UMNO dan UMNO pula tidak lagi mampu memukau imaginasi orang Melayu. UMNO wujud atau tidak, pada mereka, bukan perkara penting," katanya.
 
Beliau berkata demikian berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Johor hari ini.
 
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd. Samad.
 
Menurut Mohamed Khaled, pada orang Melayu, UMNO bukan lagi sebuah parti yang menjaga soal maruah dan bertanggungjawab.
 
"Mereka juga menganggap UMNO bukan agenda hidup dan mati kelangsungan bangsa Melayu yang terbaik, sebaliknya mereka kini mempunyai pelbagai alternatif dan pilihan lain, yang jauh lebih baik serta menarik.
 
"Keduanya, UMNO dilihat tidak menjawab masalah sebenar orang Melayu. Ini adalah fenomena yang semakin ketara. Masalah UMNO hari ini adalah apabila ia dilihat, sama ada benar atau tidak, gagal menjuarai masalah sebenar orang Melayu.
 
"Gagal sebagai sebuah wadah yang mengangkat kepentingan Melayu. UMNO dilihat sedang bergerak songsang. Sebab ia kelihatan seolah-olah hanya menguntungkan dirinya sendiri. Atau hanya segelintir kecil elitis Melayu dan bukan semua orang Melayu," tegas beliau.
 
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913