Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Hudud agenda PAS, bukan Pakatan, kata Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 27 April — PAS hanya akan melaksanakan hukum Hudud melalui proses demokrasi apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kerana ia adalah perjuangan dan dasar parti Islam berkenaan dan bukannya dasar Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Setiausaha agung PAS itu dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini menegaskan, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Umno menggunakan isu undang-undang Islam itu bagi memerangkap parti komponen PR bagi menunjukkan wujudnya perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang berkenaan dan untuk memporak-perandakan PR.
“Ia agenda PAS dan bukan agenda PR. Kalau PAS nak (laksana) kita melalui proses demokrasi ... Ia bukan automatik (terlaksana),” katanya.
“Ini tujuan Umno BN adakan isu ini. Saya merayu kepada semua pemimpin PAS dan DAP agar tidak teruskan pertikaian isu ini di media kerana ia beri jalan dan lorong masuk perangkap Umno dan BN,” katanya kepada pemberita, dan menambah polemik ini harus dihentikan kerana ia sudah diselesaikan pada September 2012.
Jelas Mustafa (gambar) pihaknya mengakui DAP tidak pernah menerima Hudud dan sekaligus menunjukkan perbezaan antara komponen parti dalam PR itu, namun beliau turut menegaskan, kebersamaan mereka adalah jauh lebih besar daripada perbezaan.
“Ada perbezaan, itu kita akui. Dan saya boleh beri jaminan isu hudud tidak akan pecah belahkan PAS dan anggota PR yang lain.
“Sedangkan kita cukup bersatu dan kita selalu berterus terang ... fokus kita adalah lawan Umno lawan BN,” katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913