Oleh Mohd Sayuti Omar
Mungkin Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyahut cabaran Tajuddin Abdul Rahman supaya membuka balik fail tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun-tahun 80an bagi mengesahkan siapa, yang menanda tangani surat untuk menahan seseorang dibawah akta zalim berkenaan.
Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Tajuddin berhubung kenyataan bekas PM yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengatakan, indvidu bertanggungjawab menanda-tangan untuk penahanan seseorang dibawah akta itu ialah timbalannya Megat Junid Megat Ayub.
Bagi Tajuddin kenyataan Dr Mahathir itu sebagai melepas tanggungjawab dan cuba menyalahkan orang yang sudah berada di alam arwah.
Tajuddin menyanggah penjelasan Dr Mahathir itu dengan menuduh Pengerusi Parti Bersatu yang masih dalam proses pendaftaran itu sebagai berbohong. Kononnya Tajuddin sebagai bekas tahanan ISA ada maklumat sebenar mengenai penahanan orang dibawah ISA.
Kenyataan Dr Mahathir itu juga dipertikaiakan oleh anak Megat Junid, yang meminta supaya Dr Mahathir tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada arwah bapaknya.
Justeru bagi menjelas dan "membersihkan" perkara ini elok kalau KDN dan PDRM membuka fail penahanan orang dibawah ISA dan dedahkan kepada umum. Selagi tiada pendedahan, perkara itu akan menjadi polimek dan dalam sitausi beliau (Mahathir) sudah tidak mempunyai kuasa, pasti akan dilihat sebagai orang yang berbohong seperti mana dakwaan Tajuddin.
Read More / Baca Lagi >>