Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara di Cyberjaya malam ini.
"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.Turut serta di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu serta sebahagian besar pucuk pimpinan Amanah.
Penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.