Biskop Katolik Malaysia percaya bahawa isu-isu kritikal yang menjejaskan negara seperti kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perlu diselesaikan segera.
Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan, Persidangan Biskop Katolik Malaysia mengakui bahawa walaupun negara ini telah maju dalam banyak sektor, terdapat juga isu-isu yang perlu ditangani.
"Ini termasuk kontroversi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang dilihat sebagai bertentangan dengan norma-norma demokrasi, kedudukan kewangan yang tidak menentu dengan kos sara hidup yang tinggi diburukkan lagi oleh cukai yang berlebihan, pemberhentian pekerja, rasuah dan pembaziran dan, terutamanya urusan 1MDB.
"Masalah ini perlu diselesaikan segera demi kepentingan negara. Kerajaan perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan rasa tanggungjawab yang lebih besar, ketelusan dan integriti," kata biskop dalam kenyataan bersama itu.
Peguam Negara Amerika Syarikat Lorretta Lynch mendedahkan pada Julai bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) akan memulakan prosiding mahkamah untuk merampas aset yang didakwa diperoleh dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berulang kali menafikan menyalahgunakan dana awam.
Beliau dibersihkan daripada sebarang salah laku dalam isu itu oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Para biskop juga menyatakan negara kini menghadapi satu bentuk polarisasi kaum dan agama yang tidak seharus dibenarkan berlaku.