"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri...Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu. - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 59, rakyat kini tidak payah lagi tertantya-tanya mengenai siapa “Malaysian Official 1” (MO1).
Juga tidak payah lagi bersusah-susah mengadakan perhimpunan untuk mengenal pasti siapa individu yang disebut sebagai MO1
Tidak lagi perlu mempersenda bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah individu yang dinamakan sebagai ‘MO1’.”
Malah, yang selama ini mengkritik pembangkang atau sesiapa sahaja yang menjuruskan 'nama itu' sebagai ‘MO1', anggaplah anda sudah kalah.
Malah anda semua adalah orang BODOH yang buta dan pekak mempertahankan orang itu BUKAN sebagai MO1.
Dengan sendirinya mereka yang mempertahankan UMNO atau kerajaan atau juga Perdana Menteri perlulah bertanggungjawab untuk terima hakikat bahawa anda semua menjalankan kerja sia-sia kerana sudah jelas siapa ‘MO1’.
Jelas dan nyata sudah Mohd Najib Razak adalah ‘MO1’.
Dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memang tidak menamakan Najib, tetapi menyebut MO1 sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.
Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi isu utama di Malaysia dan seantero dunia sejak 36 bulan lalu.
Media Britain, BBC dalam laporannya ‘Who is 'Malaysian Official 1'? Case closed’ yang dibuat oleh , iaitu koresponden menyebut: “(But) in an interview with me, Abdul Rahman Dahlan, a senior government minister in Mr Najib's cabinet, has confirmed that "MO1" is none other than Mr Razak.”
"I've said it openly. Obviously if you read the documents, it is the prime minister," he (Abdul Rahman) said.
Dengan kata lain, hari ini kerajaan juga secara rasmi mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.
"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC itu.
Ini bermakna Abdul Rahman hari ini sekali lagi menamakan Najib sebagai orang yang dimaksudkan sebagai” (MO1), dan ini kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Bermakna ramai yang bodoh di Malaysia, termasuk pemimpin UMNO dan kerajaan yang cuba menafi dan mengatakan Najib bukan MO1.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.
Amat nyata seperti dikatakan oleh Abdul Rahman, sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang BODOH enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mencetuskan kemarahan selepas mendakwa MO1 atau “pegawai Malaysia pertama” yang disebut pihak berkuasa AS itu merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau kemudian membuat permohonan maaf atas kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>