Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

LTA bantah roboh replika helang di Langkawi

$
0
0
Katanya, replika helang itu menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti bertentangan dengan agama.
langkawi
LANGKAWI: Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) hari ini membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksasa helang di sini ekoran pendapat seorang pakar agama Islam yang menyifatkan mercu tanda seperti itu sebagai haram.
Yang dipertua LTA Zainuddin Kadir berkata replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu dan menarik ribuan pengunjung dalam tempoh berkenaan.
“Ia menjadi ikon kepada Langkawi bagi tempoh yang agak lama dan bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti bertentangan dengan agama,” katanya.
Beliau mengulas laporan media dalam talian yang memetik Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim sebagai berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Laporan itu menyebut, Zamri menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.
Zainuddin yang mendakwa mewakili lebih 8,000 ahli LTA berkata beliau menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.
“Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913