Suasana pertandingan yang sengit di Johor kini bertukar menjadi buruk
apabila isu kaum dan peristiwa 13 Mei kembali ditimbulkan untuk mencetus
ketakutan khususnya di kalangan pengundi Melayu.
Malaysiakini pada Jumaat lalu menyaksikan jentera kempen BN mengedarkan risalah di satu pasar malam di Taman Universiti, Skudai yang mendakwa calon Gelang Patah DAP Lim Kit Siang menjadi perancang tragedi tahun 1969 itu.
Risalah itu juga memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan ketua pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Kit Siang bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.
Semalam, jentera kempen DAP di Tanjung Piai menunjukkan satu buku risalah bertajuk 'DAP Rasis' kepada Malaysiakini, yang didakwanya disebarkan oleh pasukan lawan di kampung-kampung Melayu.
Read More / Baca Lagi >>