HARI ini dalam sejarah, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
Adegan itu disaksikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir dalam mahkamah berkenaan ketika tiada sidang. Mahathir juga kelihatan menepuk bahu Anwar.
Maka tidak mustahil lah pertemuan itu yang dianggap sejarah menjadi trending di media sosial hari ini. Malah ia turut mengundang respons pemimpin politik daripada Umno-BN.
Terdahulu Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.
Permusuhan kedua-dua pemimpin besar itu berlaku apabila Anwar dipecat oleh Mahathir pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.
Semenjak daripada insiden itu, Mahathir-Anwar merupakan seteru politik, namun perhubungan mereka dilihat penganalisis politik semakin baik sejak beberapa ketika ini.
Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dilihat semakin erat menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang.