Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pas ambil tempoh sebulan untuk ‘pecah tembelang’?

$
0
0
Harakah ambil masa sebulan untuk pecah tembelangHarakah ambil masa sebulan untuk pecah tembelang
Selepas sebulan akhbar Amanah mengketengahkan laporan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pas mungkin baharu tergerak untuk menyatakan sikap terhadap tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.
Melalui akhbar rasmi parti diterajui Abdul Hadi Awang itu, ungkapan “Pecah tembelang” menjadi tajuk muka depan Edisi Isnin, 5-8 September.
Menariknya, tajuk sama juga bagi isu sama telah terlebih dahulu menghiasi muka depan lidah rasmi Amanah pada keluaran 31 Julai-6 Ogos lalu.
Namun, berbeza dengan Harakah, tuntutan rampasan harta sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion) berkenaan di akhbar Amanah adalah dalam laporan penuh di halaman dua keluaran Bil. 10 itu.
Sebaliknya, Harakah Bil. 2178 tersebut sekadar menyertakan lima catatan termasuk masih bertanyakan, “Apakah betul duit 1MDB yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan cerita daripada dermawan Arab dongeng semata-mata?”
Pas sebelum ini dilihat banyak pihak sebagai tidak ‘garang’ dalam menyerang Umno-BN ekoran skandal 1MDB yang turut berkait dengan jenayah pengubahan wang haram.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913