*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.
Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.
Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.
YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.
Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum.
Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.
Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari _'sinergi ying dan yang'_ politik Malaysia.
Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.
Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.
Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.
DSAI adalah _'natural successor'_ yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta _'vacuum'_ kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.
Read More / Baca Lagi >>