Ia bukan kisah melankolik seperti dalam buku Iakah Salmah karangan Ahmad Rashid Talu atau Hikayat Faridah Hanom ilham Syed Sheikh al-Hadi. Jauh sekali menyamai Syair Siti Zubaidah.
Namun pertemuan bertentang mata dua tokoh yang pernah mencorakkan negara secara langsung dalam kerajaan pada 5 September 2016 adalah salah satu babak cerita romantik komedi yang baru berkembang plotnya.
Tanpa dijangka banyak pihak Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bersalaman, dan memberikan senyum mesra kepada bekas protege beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka pernah amat akrab sebelum menjadi musuh ketat. Kini tiba-tiba kedua-dua manusia itu seolah-olah sedang membuka lembaran baru untuk bersahabat.
Dunia memang berkembang dengan ironi. Justeru kedua-dua tokoh 'terbuang' berkenaan bersemuka selepas 18 tahun di kamar mahkamah dalam suasana ironi juga.
Sekadar mengulangi sejarah, mahkamah jugalah yang menjarakkan kedua-dua tokoh berkenaan sejak 1998.
Mahkamah pernah menjadi tempat Anwar muncul dengan sebelah mata lebam. Mahkamah jugalah yang menjadi pentas tilam dan seluar dalam diusung ke sana sini sebagai bahan bukti.
Cuma bezanya Anwar berada di kandang tertuduh, manakala Mahathir berada dalam 'kandang' dunianya yang tersendiri.
Selebihnya adalah sejarah.
Saya katakan di atas tadi, cerita di mahkamah Kuala Lumpur pada 5 September itu ialah drama romantik komedi yang sedang berkembang plotnya. Mengapa?
Ia sebuah cerita lawak kerana komen-komen yang melatari kejutan itu sangat klise, hambar dan membosankan.
Dengar atau lihat saja bagaimana profesor-profesor negara menjelaskan pertemuan itu. Hujah yang dijaja mereka ialah "tiada musuh dan rakan abadi dalam politik" atau "politik ialah seni serba mungkin".
Satu lagi hujah untuk menjustifikasi pertemuan yang dilihat tidak dirancang itu ialah "musuh kepada musuhmu adalah rakan kamu".
Ia mungkin hujah dan penjelasan segar jika diungkapkan pada zaman orang British seperti Sir Gerald Temple masih berkereta ke sana sini dalam negara ini. Atau ketika perdana menteri Malaysia ialah Tun Abdul Razak.
Kita sekarang berada di zaman 2016. Zaman dunia seolah-olah tiada sempadan. Zaman hampir semua orang boleh memaki perdana menteri di media sosial (tetapi kesan daripada caci maki itu, sila tanggung sendiri).
Pernah rapat dengan Mahathir
Read More / Baca Lagi >>