Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Mesyuarat kabinet hari ini digesa sahkan identiti MO1

$
0
0
Lim Kit Siang berkata Najib perlu membenarkan polis membuka kembali siasatan terhadap 1MDB selepas kenyataan menterinya mengenai identiti MO1.
Lim Kit SiangPETALING JAYA: Menjelang mesyuarat mingguannya hari ini, Lim Kit Siang mahu Kabinet membincangkan pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengenai identiti sebenar “Malaysian Official 1” yang dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Ketua Parlimen DAP itu berkata Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengesahkan dirinya adalah MO1 seperti disebut Abdul Rahman, dan membenarkan polis membuka semula siasatan ke atas 1MDB dengan berlandaskan maklumat yang diperincikan dokuman DoJ Julai lalu.
“Apakah Kabinet akhirnya akan bertindak pada mesyuaratnya hari ini – 7 minggu selepas permohonan DoJ pada 20 Julai – bukan sahaja bagi menamatkan skandal kewangan global 1MDB yang sudah lama itu, tetapi membuktikan wujud patriot di kalangan menteri bagi mengambil langkah proaktif membersihkan reputasi Malaysia sebagai pusat kleptokrasi global?” soal Lim dalam kenyataannya hari ini.
“MO1” disebut 36 kali oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai lalu, dalam dokumen permohonannya mahu merampas aset berkait 1MDB bernilai lebih RM1 bilion susulan dakwaan salah laku dan kecurian dana.
Ia mengundang spekulasi MO1 merujuk kepada perdana menteri, walaupun Najib dan pemimpin Umno sehingga ini rata-rata tidak memberikan komen secara langsung mengenai perkara itu.
Pada 1 September, badan penyiaran Britain BBC memetik Abdul Rahman sebagai berkata identiti MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya, yang menambah nama Najib tidak disebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan.”
Bagaimanapun, Lim berkata terdapat menteri lain yang masih tidak tahu siapa di sebalik MO1, termasuk rakan sejawat Abdul Rahman, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Noh Omar.
Katanya, alasan Abdul Rahman yang Najib tidak dinamakan dokumen tersebut kerana bukan merupakan sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa AS adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913