Umat Islam sangat memerlukan agamawan, sebagai pembimbing mereka bukan saja di segi agama, tetapi juga di jalan kehidupan umumnya untuk mencapai keredhaan Allah.
Sangat besar ertinya kerana ulama atau agamawan itu mempunyai status sebagai ‘pewaris para nabi’ yang berilmu, penuh sabar dan tabah menghadapi pelbagai ujian.
Sejarah Islam sejak zaman berzaman merakamkan pelbagai peristiwa bagaimana ulama dengan ilmu dan ketakwaannya yang sangat tinggi berinteraksi di tengah masyarakat, menghadapi pelbagai gelombang cabaran yang bukan kecil.
Kini, di zaman moden ini, di Abad ke-21, di negara ini sendiri, dengan gelora bukan saja di bidang politik, krisis kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan segalanya, maka agamawan dengan statusnya sebagai golongan terpandang sedang diberi perhatian oleh masyarakat.
Umat Islam di negara ini yang kini menghadapi kekeliruan menghadapi krisis ini mahu menyaksikan peranan agamawan dalam memberi petunjuk bagaimana seharusnya masalah negara ini dapat diselesaikan. Tentunya melalui pendekatan Islam, justeru Islam itu ‘Rahmatan Lil-Alamin’ rahmat seluruh alam, melindungi kepentingan manusia seluruhnya.
Kerana itu sejak akhir-akhir ini sudah banyak kedengaran suara-suara yang memancarkankekecewaan umat Islam di negara ini apabila mereka yang bergelar agamawan amat jarang – kecuali beberapa orang - yang kedengaran bersuara memberikan pandangan mengenai masalah yang dihadapi negara sekarang ini yang sudah sampai ketahap berat dan mencemaskan.
Agamawan dengan ilmu dan statusnyaa tentunya memiliki jiwa merdeka, iaitu tidak takut kepada siapapun melainkan Allah s.w.t. Maka itu jika ia dilihat ‘membisu’ dengan pelbagai alasan maka tentu sekali tidak munasabah.
Agamawan, seperti anggota masyarakat lainnya, masa kini yang berada di tengah pelbagai saluran melalui maklumat, tidak mungkin boleh memberi alasan ‘tidak tahu’ akan isu-isu yang berbangkit, terutama yang dilihat menyentuh soal amar makruf nahi mungkar.
Memang menyeru yang makruf lebih mudah dari menentang yang mungkar kerana risikonya amat tinggi.
Tidak mungkin semua maklumat itu tidak benar atau palsu dan fitnah. Agamawan – dengan ilmu dan kewibawaannya - bebas untuk menentukan, tetapi untuk mengatakan semuanya tidak benar adalah alasan yang tidak kukuh.
Atau jika ia memakai alasan ‘ini isu politik tidak boleh campur’, maka adakah benar agamawan tidak perlu menyentuh isu politik. Tentu saja isu politik tidak terlepas dari masalah atau persoalan amar makruf, nahi mungkar.
Read More / Baca Lagi >>