Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Harussani: Kami bukan setan bisu, akan terus bercakap kepada media

$
0
0
Harussani tidak setuju mufti dan ulama menganggap diri mereka seperti raja Melayu yang hanya bercakap menerusi pembantu.
Harussani-Zakaria_Mahmood-Zuhdi
PETALING JAYA: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan saranan supaya golongan ulama dan mufti di negara ini tidak mendedahkan diri mereka kepada media kerana bimbang kata-kata mereka dieksploitasi.
“Nabi pun dikatakan gila jika tak jawab pertanyaan. Saya tidak setuju dengan pendapat itu (mufti elak bercakap dengan media). Kerana orang banyak tuduh mufti setan bisu,” katanya kepada FMT.
Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline, sebelum ini memetik Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mahu mufti dan golongan “ilmuan” meniru raja Melayu yang tidak mendedahkan diri secara langsung kepada media.
“Mereka perlu mencari wacana khusus untuk mereka membincangkan isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu, sebelum disebarkan kepada pengetahuan masyarakat.
“Kita perlu meniru raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja akan bercakap melalui pembantunya,” kata Mahmood, yang berkata mufti perlu hanya memberi kenyataan melalui majlis fatwa “kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat”.
Bagaimanapun, Harussani menegaskan akan menjawab sebarang pertanyaan yang mustahak sekiranya pendapatnya diperlukan.
“Saya fikir kalau benda yang perlu disegerakan saya akan jawab. Itu sahaja. Tidak salah jika saya jawab. Saya bukan keluarkan fatwa. Saya keluarkan pendapat saya.
“Kalau perlukan benda mustahak untuk saya jawab, saya jawab,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913