Walaupun Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos nafi mengamalkan politik wang, namun bagi pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menjawab penafian itu - iaitu dengan serangkap pantun mengenai kebenaran.
Rais berkata, tindakan yang dilakukan Jamal sebelum ini - memberi wang tunai berjumlah RM1,000 kepada 646 ketua cawangannya - mencerminkan bahawa Umno sebuah parti yang bermata duitan.
Justeru, Rais yang kini adalah penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan turut memberi kiasan dengan meminta anggota Umno tidak lagi berselindung di belakang sehelai lalang sebaliknya mengamalkan kebenaran.
"Sebelum ini saya katakan, (tindakan Jamal) ini mencerminkan Umno mata duitan. Kalau dah RM600,000 dibelanjakan, itu kalau tak mata duitan apa namanya?
"Saya nak suruh jangan lagi berselindung di belakang lalang sehelai, kita harus berselindung di bawah kebenaran.
"Jangan dipanjat kelapa condong, buahnya jatuh ke laman orang, bumi dipijak langit dijunjung, berdiri tegak bukannya lalang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri majlis 'Sepetang bersama CiTRA' di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) hari ini.