Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

APAKAH IBRAHIM ALI BAKAL MENINGGALKAN TUN MAHATHIR?

$
0
0
Semua orang tahu bagaimana hubungan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dengan Tun Mahathir Mohamad. Sejak meninggalkan Semangat 46 dan kemudian menyertai UMNO, beliau telah menukar dirinya bulat-bulat menjadi orang Tun Mahathir.

Ibrahim bukan saja antara yang paling lantang menyebelahi Tun Mahathir ketika kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, malah sebagai tanda keakraban, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga sedia menjadi Penaung Kehomat Perkasa yang ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut.

Dalam pilihanraya 2013, setelah namanya tidak dipilih untuk bertanding atas tiket BN, dikhabarkan Tun Mahathirlah yang membantunya dengan menelefon Najib untuk memasukkan semula nama Ibrahim sebagai calon.

Calon BN yang telah diumumkan bertanding di Pasir Mas ketika itu, Johan Che Pa akhirnya  tidak mengemukakan kertas pencalonannya dan dengan yang demikian, dapatlah Ibrahim bertanding atas tiket Bebas tetapi disokong oleh BN. 

Sepanjang tempoh kempen pilihanraya, seluruh jentera UMNO dan BN Pasir Mas memberi sokongan penuh kepadanya, tetapi Ibrahim tewas kepada Nik Abduh Nik Aziz dari Pas.

Melalui Perkasa yang menjadi kenderaan perjuangannya, dalam banyak isu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, Ibrahim kerap sekali berganding bahu dengan Tun Mahathir. Suara dan hatinya bukan saja senada dan seirama, malah tidak pernah Ibrahim berbeza pendapat dengan Tun Mahathir.

Dalam sebuah majlis makan malam tidak lama sebelum ini, Ibrahim ada menyebut, hubungan beliau dengan Tun Mahathir adalah kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Orang mungkin nampak saya mempergunakan Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Tun Mahathir pun mempergunakan saya dan Perkasa juga, kata Ibrahim dengan ketawa berdekah-dekah yang tidak asing lagi bagi mereka yang rapat dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913