Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Mukhriz mahu lihat kerjasama dengan Anwar di peringkat parti

$
0
0
Mukhriz berkata, kerjasama itu memerlukan sokongan Anwar dan PKR untuk menjadi realiti.
mukhriz-anwar
PUCHONG: Naib Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysi (PPBM) yang baru ditubuhkan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu melihat kerjasama secara rasmi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat parti.
“Kami berharap ia akan menjadi kerjasama rasmi di peringkat parti dengan parti.
“Adalah penting untuk mendapat sokongan Anwar (untuk tujuan ini), khasnya komitmen daripada PKR sendiri,” katanya selepas menghadiri sebuah ceramah, semalam.
Bekas menteri besar Kedah itu mengulas tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan orang ramai.
Isnin lalu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu membuat penampilan mengejut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri pendengaran permohonanan Anwar mencabar penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut bekas perdana menteri itu, pertemuan mereka sekadar membincangkan Akta MKN.
Mukhriz berkata, ketika ini, kerjasama Dr Mahathir dan Anwar hanya untuk Akta MKN semata-mata.
“Daripada pemahaman saya, Tun (Mahathir) memberi input mengenai apa yang harus dimasukkan dalam afidavit Anwar yang merupakan beberapa perkara difikirkannya dapat membantu kes itu,” katanya.
Mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan Mac tahun depan, adun Ayer Hitam itu berkata, tidak kira apa yang berlaku, parti pembangkang perlu bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913