Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1437H/2016

$
0
0

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1437 Hijrah ini.

Bagi pihak seluruh warga KEADILAN, kita harapkan agar rakyat Malaysia merayakan dengan rasa bahagia di samping keluarga, serta bersederhana dan berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Aidil Adha adalah masa yang memberikan makna dan pengertian berupa nilai-nilai pengorbanan yang diangkat dari sejarah dan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam serta anaknya Nabi Ismail alaihissalam.

Agar setiap dari kita mengambil iktibar kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, bahawa keikhlasan, ketaatan dan kecintaan kepada Allah lebih utama dari diri sendiri dan anak pinak. Jika setiap daripada kita menghayati kisah ini, kita seharusnya mampu berusaha untuk mencontohi sifat kesabaran dan ketaqwaan terhadap Allah. Khususnya dalam konteks ibadah kepada-Nya.

Kita mesti melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara. Penguasa yang menzalimi rakyat, menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti GST, menjarah harta negara menerusi skandal 1MDB yang memalukan negara di mata dunia, tidak harus kita diamkan. Allah menyuruh kita memperbetulkan kemungkaran dgn tangan, mulut atau sekurang-kurangnya membenci di dalam hati, yang merupakan selemah-lemah iman.

Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi. Inilah yang diperjuangkan oleh DSAI sekian lama. Buktinya, parti Umno yang berpecah hari ini, semua yang meninggalkan Umno berkata, parti itu sudah lari dari asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, hanya memenuhkan tembolok penguasa dengan melahap harta milik rakyat dan negara.

Justeru, bersempena dengan Aidiladha ini, kita mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dengan kita, memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar dan mengembalikan tampuk politik, perancangan ekonomi dan sistem sosial kita di landasan yang betul, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, dari kalangan berbilang kaum dan agama.

Salam Aidiladha.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
10 Zulhijjah 1437H

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913