Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

AirAsia: 3 wira paralimpik Malaysia terbang percuma seumur hidup

$
0
0
Tony melalui Facebook dan Twitternya mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga atlet paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
tony
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Facebook dan Twitternya, pada Ahad, mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang dimenangi tiga atlet olahraga negara sejak kelmarin, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), semalam.
Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.
Pada 24 Ogos lalu, Tony mengumumkan AirAsia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari Asean turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.
“Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika,” katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913