Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

‘Pembangkang, Dr M sedia bersama jika MCA keluar BN’

$
0
0
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pembangkang dan juga parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
Ini susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.
“Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti bebas, parti-parti pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata MCA harus menerima cadangan Nazri dan meninggalkan BN serta juga melepaskan semua jawatan kerajaan termasuk sebagai menteri, exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan lain.
“Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai pengkhianat terhadap perjuangan MCA dan hanya mementingkan poket dan tembolok sendiri,” katanya.
Lim berkata, bidasan Nazri ke atas MCA mengesahkan persepsi bahawa MCA adalah budak suruhan Umno.
“MCA akan mendiamkan diri ketika Umno mengeluarkan arahan, kerana inilah caranya BN beroperasi. MCA akan ditendang keluar sekiranya ia tidak lagi berperanan sebagai ‘khadam’ kepada Umno.
“MCA adalah parti yang kecil dan langsung tidak penting di mata Umno. Ia juga tidak relevan di mata pengundi Cina dan MCA hanya menang dalam pilihan raya kerana ia diselamatkan oleh Umno dengan membenarkannya bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.
“Justeru, MCA bukanlah berada di kedudukan untuk membuat sebarang permintaan terhadap Umno. Pimpinan MCA hanya boleh bertanya ‘berapa tinggi?’ apabila diarah Umno supaya melompat,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913