Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Peristiwa salam menyalam

$
0
0
I realized he was singing, or rather screaming, a song, he was trying to get us to hear him and join him, he was singing an Italian revolutionary song that was in our repertory and very popular at the time: Avanti popolo, a la riscossa, bandiera rossa, bandiera rossa…” – Milan Kundera, The Joke.
5 September 2016. Media sedang menyiarkan imej seteru lama bersalaman antara satu sama lain. Facebook jadi riuh. Yang mana pernah tersinggung dengan ilmu politik melaung-laungkan, “Dalam politik, semuanya mungkin.” Justeru digesa pula jangan naik hairan. Dengan pilihan kata ‘hairan’ ini, saya membayangkan masyarakat sampai menjadi tercengang-cengang melihat peristiwa itu. Naik tercengang dengan peristiwa bersejarah ini. Apakah ini petanda bara reformasi yang mungkin boleh bernyala kembali? Sudah lunturkah Mahathirisme?
Saya fikir, masyarakat tidak lagi dalam kehairanan yang sangat-sangat. Peristiwa-peristiwa ajaib dan keputusan-keputusan aneh yang kerap dibuat oleh pemerintah — secara konsisten — mungkin telah melalikan (mungkin melelahkan) banyak orang. Mungkin kita sudah jadi tepu. Macam harga minyak yang berubah-ubah, kita mungkin tidak lagi teruja untuk beratur panjang membuat pembelian panik di stesen-stesen minyak. Yang realiti di depan mata mungkin harga rumah yang melambung, jumlah suapan nasi dalam mulut, atau enjin kereta tak boleh hidup, atau; realiti dalam dunia hyperreality — jumlah Pokemon yang berjaya ditangkap. Hairan kita hanyalah terangkum dalam, “Mengapa sampai sedemikian rupa?”
Generasi Bersih
Menjelang musim pilihanraya, kita dapati politik semasa akan ditafsir oleh penganalisis dalam dan luar negara untuk melihat keperluan ‘sebenar’ masyarakat. Sentimen yang terkenal sudah tentu akan melibatkan hal-hal integriti dan isu-isu politik. Namun secara kasarnya, hal ekonomi lebih menjadi tumpuan. Abdul Rahman Dahalan sendiri mengakui kepentingan bahasa yang lebih mudah untuk menarik minat orang ramai terhadap perkembangan ekonomi.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015, jumlah belia di Malaysia adalah seramai 13.88 juta. Jumlah ini mewakili 45.8% daripada 30.26 juta penduduk di Malaysia. Melalui sumber yang sama, kita kecilkan pula kepada jumlah belia yang berumur antara 15‒30 tahun. Hasilnya didapati, kelompok yang berada di dalam julat umur ini dianggarkan sebanyak 8.097 juta.
Dalam julat inilah belia-belia dikelompokkan sebagai generasi Millenial dan Generasi Y atau yang disebut dalam kajian Mohd Hariszuan (2014) sebagai, ‘Generasi Bersih’. Disebabkan itu, hal ekonomi bukanlah hal main-main. Pengaruh-pengaruh ekonomi termasuklah impaknya terhadap anak-anak generasi ini. Hal beli rumah atau beli kereta misalnya. Hal mahu bikin kehidupan.
Daripada segi politik, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak banyak kenangan dan pengalaman yang betul-betul berkesan — yang dapat dirasai sendiri oleh kelompok generasi Bersih ini. Malah, ketika peristiwa Reformasi berlaku pada tahun 1998 dahulu, anak-anak generasi ini mungkin masih sibuk bergelut antara dilema pergi mengaji atau menonton Power Rangers. Tidak mustahil, mungkin ada kelompok dalam generasi Bersih yang mungkin tidak pernah memahami pun sejarah-sejarah sebelum peristiwa bersalam-salam ini, misalnya peristiwa usung tilam, peristiwa mata lebam, Sukma Darmawan dan lain-lain.
Seperti juga kelompok Generasi X (30‒52 tahun) yang mungkin belum sempat memahami sepenuhnya pergelutan pemerintah terdahulu mencapai kemerdekaan, (ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan) hal yang sama juga berlaku kepada generasi Bersih ini. Malah mungkin lebih menyedihkan lagi, generasi ini tidak pernah mempunyai pengalaman langsung berada dibawah pentadbiran politik yang benar-benar ampuh dan berkaliber. Anak-anak ini adalah sebuah eksperimentasi baik daripada segi pendidikan dan pentadbiran.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913