Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Takut kalah punca Najib roboh papan iklan kes Altantuya

Image may be NSFW.
Clik here to view.
c44
Perbuatan menurunkan papan iklan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Kuching, baru-baru ini menunjukkan BN bimbang ia mengingatkan rakyat kepada kejadian yang cuba disorok itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, berkata kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak itu sangat dekat dengan rakyat termasuk di Sarawak.
“Isu itu dekat dengan rakyat Sarawak. Jadi, BN arah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk turunkan papan tanda itu supaya tidak jadi bahan kempen.
“Apatah lagi, kes berkenaan tidak pernah diselesaikan secara menyeluruh, malah mengaitkan Najib Razak yang hingga kini mengelak menjawab,” katanya.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
c4
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau percaya perbuatan menurunkan papan tanda yang dipasang DAP sempena kedatangan Najib 27 April lalu, gagal menyorok kes itu dari pengetahuan rakyat.
Kes itu kekal misteri berikutan motif sebenar pembunuhan Altantuya belum terjawab. Anehnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam 7 Mac 2012 menyatakan ia tidak penting bagi kes pembunuhan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Nazib turut mempersoal tindakan kerajaan Sarawak yang seolah-menyekat kebebasan pembangkang untuk berkempen secara adil.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913