Ti berkata tegurannya kepada Umno sebelum ini hanya demi kebaikan BN bagi memastikan perjalanan parti pemerintah kekal utuh.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar membuktikan dirinya bongkak.
Ini ekoran teguran beliau sebelum ini supaya BN terutamanya Umno mengimbangi politik dan bukan hanya fokus kepada pengundi luar bandar kerana ia tidak bagus untuk perjalanan politik kerajaan pemerintah.
“Dia (Nazri) kena tunjuk di mana saya bongkak. Kalau setakat MCA menegur BN supaya mengimbangkan politik dengan menarik pengundi kampung dengan bandar, itu bukan bongkak namanya.
“Kenyataan saya itu satu hujah, kita cuma ajak berhujah bukan menghentam atau menghina sesiapa, sebaliknya demi kebaikan dan ingin memartabakan BN.
“Apabila saya kata jangan sekadar menang di kampung, bukan bermakna kita tidak mahu menang di kampung tetapi di kampung kita mahu menang dengan pengundi bandar pun kita mahu menang.
“Kalau kita tak menang di kampung kita bimbang kedudukan BN akan terancam dan ia tidak bagus untuk perjalanan masa depan politik BN,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Nazri dipetik berkata, mereka yang “besar” boleh mendisiplinkan mereka yang “kecil” merujuk kepada kedudukannya dalam BN kepada Ti.
Read More / Baca Lagi >>