Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Benarkan BN berkuasa selepas PRU 14, pindaan cengkam rakyat berleluasa

$
0
0
Nafikan BN demi keutuhan parlimenNafikan BN demi keutuhan parlimen
Jika pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang, Kerajaan Barisan Nasional kembali ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga, adalah dijangkakan, banyak lagi pindaan perlembagaan yang akan dibentang ke Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan.
"Rakyat perlu sedar pindaan Baru-baru ini, apabila Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016) diwartakan pada 7 Jun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016, berbangkit satu kontroversi," kata penyelidik Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam satu kenyataan hari ini.
Apa yang berlaku kata mereka, bahawa sehari selepas Majlis Raja-Raja mengembalikan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara kepada Jabatan Peguam Negara kerana mahu beberapa peruntukan diperhalusi, Rang Undang-Undang tersebut dianggap telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Februari 2016, menurut Fasal (4A) Perkara 66 Pelembagaan Persekutuan.
"Kontroversi ini berbangkit melibatkan, antara lain, pindaan perlembagaan pada ketika Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk melakukan pindaan seumpama itu.
"Namun, ini bukanlah satu-satunya kontroversi yang melibatkan pindaan perlembagaan semenjak tahun 1957.

"Jika pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang, Kerajaan Barisan Nasional kembali ke Parlimen dengan majoriti dua pertiga, kami menjangkakan, banyak lagi pindaan perlembagaan yang akan dibentang ke Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan," katanya.

Lantaran itu, KPRU berpendapat, sehubungan dengan ulang tahun ke-60 Perlembagaan Persekutuan, ada kewajarannya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengaji kesan-kesan pindaan-pindaan perlembagaan yang telah dilakukan semenjak tahun 1957.

"Kajian Suruhanjaya Diraja dapat melihat sejauh mana semangat kemerdekaan, sejarah penubuhan Malaysia dan prinsip asas Perlembagaan 1957 dihayati dan sejauh mana pindaan-pindaan perlembagaan sehingga hari ini telah memberi kesan kepada diri Perlembagaan dan seterusnya kesannya terhadap tiga cabang utama negara, yakni cabang kehakiman, cabang perundangan dan cabang eksekutif.

"Malaysia melaksanakan demokrasi berparlimen ala-Westminster.
"Namun begitu, model Malaysia berbeza dengan model United Kingdom. Model United Kingdom adalah berasaskan ‘Supremasi Parlimen’ (Parliamentary Supremacy). Sedangkan model Malaysia adalah berasaskan ‘Supremasi Perlembagaan’ (Constitutional Supremacy).

Menurutnya, berbeza dengan United Kingdom yang tidak mempunyai sebuah dokumen perlembagan, Malaysia mempunyai sebuah dokumen perlembagaan bernama ‘Perlembagaan Persekutuan’ dan ianya merupakan rujukan tertinggi entiti politik bergelar Malaysia.

"Seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan,
“Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913