Beliau berkata, pemimpin gerakan baju merah itu hanya seorang penyangak dan gengster kampung yang tidak layak untuk bercakap soal demokrasi dan undang-undang. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom yang mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Maria Chin Abdullah sebagai satu ugutan yang tidak berlandaskan demokrasi.
"Penyangak dan gangster kampungan Ali Tinju berperangai macam orang yang tidak bertamadun dan kini dia nak bercakap mengenai amalan demokrasi serta keluhuran undang-undang?
"Jangan nampak samseng dia saja.. nak asyik jual nama bekas tentera untuk mengugut orang lain," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin membuat kenyataan demikian ekoran semalam, Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) yang dipimpin Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada 19 September ini.
Maria sebelum itu mengumumkan akan menganjurkan himpunan Bersih 5 bagi tujuan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dalam siri pertama 'senaman punggung' Ali Tinju yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) melakukannya pada Bersih 3 dengan cara beraksi sambil membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung ke arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun.
Read More / Baca Lagi >>