Oleh Markus Lim
Hari ini, 28 April…genaplah lapan hari tempoh berkempen untuk parti-parti politik sempena P
ilihan Raya Umum ke-13.
Ini bermakna tinggal tujuh hari sahaja lagi semua calon dan parti-parti politik yang bertanding boleh berkempen bagi meraih sokongan pengundi.
Bermakna juga dalam tempoh tujuh hari terakhir ini, kita bakal menyaksikan kempen yang lebih agresif daripada kedua-dua pihak, parti pemerintah dan parti pembangkang. Pelbagai label telah diberikan kepada PRU 13 ini. Ada yang mendakwa PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihan raya. Ada pula percaya PRU 13 akan menjadi penentu kepada hidup mati kepada parti pemerintah dan kerjaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak kurang juga, kedengaran dari mulut Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa ini merupakan PRU yang paling kotor dalam sejarah PRU negara sejak kemerdekaan.
Nampaknya, sepanjang satu minggu pertama ini, tidak banyak perubahan kelihatan daripada siri kempen oleh pemimpin-pemimpin dari kedua-dua pihak.
Read More / Baca Lagi >>