Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Cadangan Noh jerut leher pembeli

$
0
0
Pembeli bakal berdepan tekanan jangka panjang jika cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar supaya pemaju diberi lesen pinjaman perumahan diguna pakai.
nurul2Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu kerana pembeli bakal dikenakan faedah riba melampau pada kadar 12 hingga 18 peratus yang dianggap tidak rasional dalam kemelut ekonomi semasa.

“Diakui tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah tinggi seperti dicadangkan dan mungkin bakal membawa Malaysia ke arah krisis ‘sub-prime mortgage’ yang berlaku di Amerika Syarikat.
“Krisis itu menyebabkan keruntuhan sistem kewangan pada 2008 dan sewajarnya dijadikan pengajaran buat semua penggubal dasar,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, kajian daripada Knight Frank’s Global House Price Index menunjukkan harga rumah di Malaysia meningkat 7.2 peratus pada suku tahun kedua.
Katanya, nilai itu antara yang tertinggi di dunia berbanding Amerika Syarikat, England, Hong Kong juga Singapura.
“Data menunjukkan lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia berhutang RM6.53 bilion untuk memiliki rumah sendiri.
“Secara purata, setiap rakyat Malaysia berhutang RM208 juta tidak kira pangkat, status atau umur,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Terdahulu, Noh dalam kenyataan mencadangkan perkara itu sebagai kaedah kononnya untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank menangani masalah bayaran pendahuluan.
Sehingga kini, pelaksanannya masih pada peringkat perincian dan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan, sebelum sebarang cadangan dibuat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913