Hanya 3 cara untuk menjatuhkan Najib, Pilihan Raya Umum (PRU), undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan parti Umno itu sendiri meminta Perdana Menteri disingkir.
PETALING JAYA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam hanya sia-sia.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata tindakan Dr Mahathir itu sekadar memenuhi syarat Deklarasi Rakyat menyerahkan tandatangan kepada Agong.
“Dr Mahathir sedar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat dijatuhkan dengan Deklarasi Rakyat. Pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna mahupun perubahan dalam politik negara,” katanya kepada FMT.
Semalam, Dr Mahathir mengadap Agung dan menyerahkan 1.4 juta tandatangan mendesak Najib meletak jawatan.
Pertemuan itu diadakan di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada jam 4.30 petang dengan ditemani bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT
Selain itu, Bung berkata hanya 3 cara sahaja yang boleh menjatuhkan Najib iaitu Pilihan Raya Umum (PRU), undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan parti Umno itu sendiri meminta Perdana Menteri disingkir.
Sebaliknya, demontrasi jalanan, memorandum atau Deklarasi Rakyat tidak akan memudaratkan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Jadi, rakyat jangan terpangaruh dengan khabar angin yang tidak berasas,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>